Anwar tiba di Kota Kinabalu di tengah-tengah kemelut politik Sabah

KOTA KINABALU: Perdan Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu malam ini di tengah-tengah kemelut politik negeri yang meruncing.

Sejurut tiba, Perdana Menteri mengadakan pertemuan dengan timbalannya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pusat.

Anwar juga dijadual berjumpa Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Mohd Shafie Apdal, Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.

Politik Sabah mencetus pergolakan selepas Bung Moktar yang juga pengerusi badan perhubungan Umno Sabah mengumumkan menarik sokongan kepada kerajaan negeri.

Keputusan UMNO dan BN Sabah itu dibuat susulan hilang kepercayaan terhadap kedudukan Hajiji sebagai Ketua Menteri, selain perjanjian antara BN dan Perikatan Nasional (PN) dilanggar.
Bung Moktar berkata, BN dan PN melaksanakan perjanjian membentuk kerajaan Sabah selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 2020, namun, Hajiji serta pemimpin Bersatu Sabah yang juga komponen PN, keluar parti menyebabkan kerajaan negeri sekarang tiada keabsahan.

DUN Sabah mempunyai 79 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) iaitu 73 ADUN yang dipilih dan enam ADUN dilantik.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles