Sabah perlu “Kerajaan Perpaduan” untuk kekal relevan

Oleh: Mohd Zaki Harry Susanto, penganalisa politik Sabah

Advertisements

KOTA KINABALU: Kemelut politik di Sabah tidak akan berakhir tanpa kesediaan semua pihak untuk bekerjasama bukan hanya dengan rakan malah dengan pihak lawan.

Ini bermaksud, semua pemain utama parti politik yang mempunyai kerusi di DUN Sabah harus dilibatkan dalam sebuah kerajaan harmoni supaya politik berbunuhan boleh dihentikan. Ini kerana, keharmonian politik dan kesejahteraan ekonomi wajar menjadi keutamaan memandangkan rakyat telah bosan dengan kemelut politik yang seolah-olah tidak kunjung berhenti.

“Kedudukan DSP Haji Hajiji sebagai Ketua Menteri harus dikekalkan sebagai menghormati mandat yang diberikan oleh rakyat dalam PRN Sabah tahun 2020.

Malah, beliau juga telah membuktikan kewibawaannya apabila beliau membuat banyak keputusan popular yang menyebelahi rakyat Sabah.

Walau bagaimanapun, beliau harus dibantu oleh sebuah pasukan yang hebat iaitu barisan kabinet Sabah perlu lebih harmoni dengan tidak mengetepikan pemimpin parti yang mempunyai jumlah kerusi besar di DUN Sabah sekaligus meletakkan mereka di posisi yang tepat tanpa perlu memperjudikan demokrasi.”

Saya melihat kesediaan mewujudkan ‘Kerajaan Harmoni’ sebagai penyelesaian terbaik.

Saya juga meramalkan rombakan kabinet Sabah bakal menyaksikan kemasukan semula sebilangan nama besar selain pengekalan beberapa nama yang terdahulu.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles