SANDAKAN: Menjelang sempena Tahun Baru Cina 2023, kerajaan Sabah telah menyumbang sebanyak 25 kepala singa kepada 25 pasukan tarian singa di Sandakan.
Majlis penyerahan ini adalah dianjurkan oleh Datuk Poon Ming Fung @ Frankie, ADUN N.56 Tanjong Papat bersama dengan Datuk Roland Chia, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah.
Sumbangan ini adalah usaha dan keikhlasan daripada Ketua Menteri Sabah YAB Datuk Seri Panglima Hajiji Bin Haji Noor kepada masyarakat Tiong Hua bagi memupuk serta menerusi budaya dan adat yang mengeratkan semangat perpaduan berbilang kaum dan bangsa.
Tetamu khas yang hadir pada upacara titik mata pagi tadi di Tokong Che Siang Khor Moral Uplifting Society termasuk Datuk Roland Chia, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah, YB Vivian Wong Ahli Parlimen P186 Sandakan, Liau Fui Fui Pengerusi Pelaksana Majlis Penyerahan Kepala Singa kepada Pasukan Tarian Singa Sandakan, Datuk Kwek Shee Liang Pengerusi Che Siong Khor, Chia Hock Ak Pengerusi Dewan Perniagaan Tiong Hua Sandakan, Tony Liew wakil Tan Sri Datuk Seri Panglima Andrew Liew, Tuan Wilson Timbalan Presiden I MPS, AJK-AJK Pelaksana Jelajah Majlis Penyerahan Kepala Singa kepada Masyarakat Tiong Hua Sabah serta PPM-PPM dari kawasan ADUN di Sandakan.