Hajiji sudah tidak lagi mempunyai majoriti di DUN – KDM

Kenyataan presiden Parti KDM

Advertisements

KOTA KINABALU: Saya, YB Peter Anthony Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) Sabah ADUN N42 Melalap bersama dengan ADUN N27 Limbahau Timbalan Presiden YB Juil Nuatim dan ADUN N06 Bandau Timbalan Presiden YB Wetrom Bahanda dari Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) Sabah percaya bahawa ADUN N.12 Sulaman, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor sudah tidak lagi mempunyai majoriti yang cukup sebagai Ketua Menteri Sabah, merujuk kepada Perkara 6(3) dibaca dengan Perkara 6(7) Perlembagaan Negeri Sabah, yang menyatakan bahawa Ketua Menteri sebagai Ketua Parti yang mendapat majoriti bilangan kerusi pada Pilihanraya Negeri ke-16 tahun 2020.

Seterusnya, di bawah Perkara 7(1) Perlembagaan Negeri Sabah, ADUN N.12 Sulaman Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor hendaklah meletakkan jawatan serta-merta.

Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) Sabah menyerahkan kepada kepada kebijaksanaan dan budi bicara Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Dr. Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin selaku Yang Di-Pertua Negeri Sabah untuk memutuskan pelantikan Ketua Menteri Sabah yang baru berdasarkan dengan apa yang termaktub di dalam Perlembagaan Negeri Sabah.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles