Politik Sabah mula bergolak? Masidi pertahan Hajiji terima sokongan majoriti ADUN

KOTA KINABALU: Setiausaha Agung
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Panglima Masidi Manjun menjelaskan bahawa Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor telah menerima perakuan dan sokongan daripada majoriti besar ADUN Sabah untuk terus memimpin Kerajaan Negeri sedia ada.

Advertisements

Beliau berkata mereka termasuk kesemua tujuh ADUN Pakatan Harapan Sabah.

Difahamkan, penjelasan itu wajar dibuat bagi mengelakkan kekeliruan berhubung perkembangan politik terkini Sabah.

Masidi berkata “difahamkan bahawa terdapat pihak-pihak tertentu yang mendakwa telah memperolehi sokongan lebih separuh daripada Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah untuk membolehkan kumpulan ini menubuh sebuah Kerajaan Negeri yang baharu”

“Sebagai makluman, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah telah menerima perakuan dan sokongan daripada majoriti besar ADUN Sabah.

“Kami bersedia membuktikan keabsahan sokongan tersebut kepada pihak yang berwajib apabila dan sekiranya perlu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Masidi menegaskan suasana dan kedudukan politik di Sabah kekal stabil dan selamat untuk urusan perniagaan dan pelaburan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles