KUSKOP berhasrat Perkasakan Program Keusahawanan Siswazah

KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi berhasrat untuk memperkasakan lagi program keusahawanan siswazah di negara ini.

Advertisements

Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata ini penting bagi membantu melahirkan lebih ramai usahawan di kalangan golongan itu, sekali gus menbantu memacu aktiviti ekonomi, khususnya perusahan kecil dan sederhana (IKS).

“Saya melihat program keusahawanan siswazah ini perlu diperkasakan. Jelas sekali program ini telah melahirkan ramai usahawan yang berjaya.

“Walaupun ada di kalangan mereka yang beralih ke bidang lain, namun masih ramai yang kekal. Saya sendiri mahu jumpa mereka untuk melihat sejauh mana prpgram ini boleh diperkasakan,” katanya.

Ewon yang juga anggota Parlimen Penampang berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan perasmian Majlis Graduasi Program Bimbingan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) melibatkan 52 usahawan di sini pada malam Jumaat.

Kesemua usahawan terbabit menerima bimbingan daripada INSKEN melalui Program INSKEN Bumiputera Business Coaching (IBBC).

Ewon berkata industri IKS berpotensi besar untuk dikembangkan lagi memandangkan 47 peratus pekerjaan yang wujud di negara ini disumbangkan oleh usahawan IKS.

Oleh itu, beliau mengajak rakyat terutama golongan belia supaya menceburi bidang keusahawanan yang menurutnya berupaya bukan sahaja menjana pendapatan sendiri tetapi juga mewujudkan peluang pekerjaan.

Katanya ini ternasuk aktiviti keusahawan berasaskan digital.

Tsrdahulu, dalam ucapannya, Ewon berkata inisiatif program latihan dan bimbingan daripada INSKEN itu amat diperlukan bagi menyokong beberapa pendekatan baharu yang akan dilaksanakan.

Beliau berkata ini termasuk memberi tumpuan lebih besar dalam aspek pembangunan keusahawanan di Sabah. Ekonomi digital, agro-pelancongan, sosial dan perusahaan kecil penjaja.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles