Nota arwah ayah bakar semangat graduan tamatkan pengajian dengan cemerlang

Oleh: Nur Faezah Roslan (Pelajar Komunikasi FSSK)

Advertisements

KOTA KINABALU: Peninggalan nota arwah ayah menjadi pembakar semangat seorang graduan UMS meneruskan pembelajaran sehingga menjadi penerima anugerah Hadiah Zainal Abidin Bador pada Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) kali ke-24.
Nur Faizzatul Akma Mas’ud, 25, menjumpai nota itu yang tertulis “If you don’t fight for what you want, don’t cry for what u lost” semasa mengemas kabinet ubat ayahnya.
“Selepas membaca nota itu, saya semakin berazam untuk tekun belajar walaupun kehilangan harapan seketika kerana pemergian ayah tercinta.
“Saya menjumpai nota itu pada bulan Mac 2020 selepas lima bulan pemergian arwah ayah,” ujarnya dalam nada sebak.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media semasa Majlis Konvokesyen UMS yang berlangsung di Dewan Canselor.
Berkongsi lanjut, Faizzatul memaklumkan arwah ayahnya didiagnosis menghidap jangkitan kuman tanah pada tahun 2007, dan hanya bergantung kepada antibiotik dan menjalani rawatan di hospital setiap tahun.
“Selepas seminggu arwah diletakkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), arwah menunjukkan kesan positif untuk pulih dan dipindahkan ke wad biasa.
“Saya pulang semula ke Sabah untuk menjawab ujian di UMS, namun semasa menjawab ujian, saya mendapat panggilan bahawa arwah masuk semula ke wad kecemasan dan kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh doktor,” ujar anak bongsu daripada tiga beradik itu.
Beliau yang sangat rapat dengan ayahnya walau bagaimanapun redha dengan pemergian arwah.
“Saya bersyukur sempat melihat arwah buat kali terakhir sebelum dikebumikan selepas membuat permintaan kepada ahli keluarga untuk menunggu saya balik,” katanya.
Faizzatul yang berasal dari Kuantan Pahang menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Bioteknologi) dengan mencatatkan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.83.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles