Anwar bukti keabsahannya sebagai PM10 di Parlimen

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membuktikan keabsahannya sebagai Perdana Menteri ke-10, apabila Usul Undi Percaya terhadapnya diluluskan dengan lebih suara bersetuju, pada hari pertama Persidangan Dewan Rakyat Parlimen ke-15 hari ini.
Keabsahan Ahli Parlimen Tambun itu disahkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul, yang mengumumkanĀ keputusan tersebut selepas undian suara dibuat sebaik 13 Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang, selesai membahaskannya.
Terdahulu usul itu dikemukakan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan disokong oleh seorang lagi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
— BERNAMA

Advertisements

Related Articles

253FansLike

Latest Articles