Graduan diseru amalkan nilai murni dalam kehidupan

 
Oleh: Anis Balqis Mohamad Azmi (Pelajar Komunikasi FSSK)
 
KOTA KINABALU – Pro Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Tan Sri Azman Hashim mengingatkan graduan untuk terus mengamalkan nilai-nilai murni seperti membudayakan sikap berintegriti, kejujuran dan hormat menghormati.
 
Katanya, amalan itu kita perlu sentiasa dipraktikkan tanpa mengira latar belakang budaya, agama dan bangsa.
 
“Malaysia merupakan salah sebuah negara yang terkenal dengan nilai hormat menghormati di mana rakyat hidup harmoni walaupun terdiri daripada latar belakang yang pelbagai.
 
“Sabah misalnya perlu dijadikan contoh kerana rakyat majmuk di wilayah ini hidup aman harmoni. Budaya seupama inilah yang perlu kita kekalkan demi perpaduan yang utuh dan kesejahteraan bersama.
 
Beliau berkata demikian dalam ucapannya di Majlis Konvokesyen UMS kali ke-24.
 
Majlis yang berlangsung selama tiga hari itu menyaksikan seramai 4,298 graduan diraikan di pentas Dewan Canselor UMS.
 
Dalam pada itu, Azman turut memberi pesanan kepada graduan agar tidak terjebak dengan   salah guna kuasa dan amalan rasuah.
 
“Saya ingin berpesan kepada para graduan sekalian untuk menolak perbuatan rasuah terutamanya ketika memasuki alam pekerjaan kelak. Gejala rasuah perlu dibanteras habis-habisan.
 
“Kita sepatutnya mencontohi negara jiran, Singapura yang tidak bertoleransi terhadap perbuatan rasuah,” tambah beliau.

Advertisements

Related Articles

253FansLike

Latest Articles