Pejabat Kebajikan Beluran Kesan Waris Kanak-Kanak Mangsa Pengabaian

SANDAKAN: Pejabat Kebajikan Beluran, memohon bantuan orang ramai untuk mengesan keluarga atau waris seorang kanak-kanak lekai berusia 5 tahun yang dipercayai mangsa pengabaian.

Advertisements

Kanak-kanak lelaki yang dikenali sebagai Hans Ian Matoe itu lahir pada 14 Ogos 2017..

“Dalam satu laporan polis dibuat oleh pengadu yang dikenali sebagai Puan Kitty Pamela Jungkin dan juga merupakan penjaga kanak- kanak, bertarikh 20/10/2021, melaporkan pada 14/08/2017 lebih kurang jam 10.00 pagi, bertempat di rumah ibu mertua pengadu di Lot 60, Taman Perumahan Lama, 90107 Beluran.

“Seorang perempuan yang dikenali sebagai Jessi telah melahirkan seorang bayi lelaki yang mana Jessi berjanji akan memberikan bayi tersebut kepada pengadu untuk dijadikan angkat. Namun, selepas dua hari melahirkan, Jessi telah menghilangkan diri dan sehingga kini tidak dapat dihubungi dan dikesan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berharap perkara itu dapat diuar-uarkan kepada orang awam untuk mengesan waris kanak-kanak itu.

“Sesiapa yang tahu mengenai kanak-kanak ini diminta tampil membantu siasatan di bawah Seksyen 17(1)(d) Akta Kanak-Kanak 2001 (Pindaan 2016),” katanya.

Sebarang maklumat, boleh berhubung Pelindung Daerah Beluran, melalui talian telefon 016-5528340(H) dan 089- 518301(O).

Related Articles

253FansLike

Latest Articles