Pelantikan Timbalan Menteri — Terima Kasih atas kepercayaan – Aminah

Oleh: Jaafar Abd Wahid

Advertisements

KOTA KINABALU : Datuk Hajah Siti Aminah Hj Aching merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas kepercayaan melantiknya sebagai Timbalan Menteri Perladangan dan Komiditi yang diumumkan petang kemarin. (Sabtu)

Ahli Parlimen Beaufort itu berkata, beliau turut diberi kepercayaan untuk membantu Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Fadilah Yusof dalam kerajaan Perpaduan yang dibentuk selepas Pilihanraya Umum ke-15

“Terima kasih Perdana Menteri di atas kepercayaan melantik saya selaku Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi dan sudah tentu saya juga menghargai dan berterima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri Merangkap Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin yang mencadangkan nama saya untuk dilantik menjadi timbalan menteri kementerian ini” katanya ketika dihubungi di sini kemarin.

Aminah berkata walaupun pelantikan beliau sebagai timbalan menteri Perladangan dan Komoditi sebagai sesuatu yang baharu namun berlandaskan kepada amanah yang diberikan beliau bertekad untuk berikan khidmat yang terbaik, gigih bekerja demi rakyat dan negara dengan berpegang kepada prinsip-prinsip yang mulia.

” Kita sedar dan insaf selepas negara berdepan pandemik COVID19, keadaan ekonomi negara turut terjejas termasuklah golongan yang terlibat dalam sektor perladangan dan komoditi,justeru tanggungjawab dan harapan rakyat cukup besar. Insya-Allah saya akan galas tanggungjawab ini sebaiknya,” katanya

Menurut Aminah yang juga Ketua Pergerakan Wanita Umno bahagian Beaufort Kementerian Perladangan Dan Komoditi merupakan sebuah kementerian yang bertanggungjawab terhadap pembangunan industri komoditi utama negara iaitu minyak sawit, getah, kayu, koko, tembakau, kenaf, lada hitam dan sago dimana Sabah antara negeri yang terlibat secara langsung dalam sektor ini

” Sudah tentu tumpuan kita selaras dengan visi kementerian ini antaranya meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor perladangan dan komoditi bagi memperkukuhkan dan memperluaskan pasaran tempatan dan antarabangsa katanya ”

Selain itu tumpuan juga ada untuk meningkatkan sumbangan sektor perladangan dan komoditi dalam pembangunan sosio-ekonomi serta pertumbuhan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK);

” Sabah sebagai sebuah negeri pertanian sudah tentu tanggungjawab yang diberikan ini saya ingin melihat pembangunan sektor perladangan dan komoditi berkembang secara mampan dan mampu meningkatkan taraf siso ekonomi rakyat khususnya di Sabah” tambah Amanah

Dalam Nada itu Aminah Optimis barisan jemaah kabinet yang dibentuk dalam kerajaan perpaduan akan mampu melaksanakan tugas serta tanggungjawab yang diamanahkan melalui kestabilan ,perpaduan dan kerjasama semua pihak yang mampu membawa Malaysia kembali ke era kecermalangan khusunya dalam meningkatkan ekonomi dan kesejahteraan rakyat

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada petang sabtu mengumumkan senarai penuh nama Timbalan Menteri di 27 Kementerian Kerajaan Perpaduan pimpinannya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles