Salleh hadiri program pelepasan 5,000 ekor benih balat di Ambong Bay

KOTA BELUD: Adun Usukan Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menyempurnakan
Majlis Pelepasan Benit Balat ke Perairan Ambong Bay dan Penyerahan Bantuan Pakej Insentif Pembangunan Akuakultur Marin Jabatan Perikanan Sabah di sini hari ini.

Advertisements

Program anjuran Jabatan Perikanan Sabah itu menyaksikan sekitar 5,000 ekor benit balat dilepaskan di perairan Ambong Bay Kota Belud.

“Semoga usaha-usaha sebegini dapat diteruskan agar dapat disokong dan dijadikan pemangkin kepada pembangunan industri perikanan supaya golongan sasar mendapat manfaat yang berterusan hasil daripada program ini,” katanya sempena program pelepasan benih balat itu.

Program itu, antara lain, bertujuan membantu meningkatkan sumber perikanan di kawasan perairan umum daerah tersebut.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles