STAR Sabah ucap ‘sayonara’ kepada Perikatan Nasional

390

KOTA KINABALU: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) akan mengumumkan keputusan rasmi keluar daripada Perikatan Nasional (PN) dalam masa terdekat.

Presidennya Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata pihaknya mengesahkan parti itu telah membuat ketetapan untuk keluar daripada PN.

“Ya (sah keluar PN). Kita tunggu sajalah ada pengumunan (rasmi).

“Sebab kalau saya pergi sini, kau pergi sana bererti kita tidak sehaluanlah tu”, katanya.

Jeffrey yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di Bangunan Yayasan Sabah, Kota Kinabalu hari ini.

Sebelum itu, beliau menyempurnakan Majlis Konvokesyen Institut Pertanian Sabah (IPS) Timbang Menggaris Ke-50 dan Pusat Latihan Vokasional Pertanian (AVTC) Lahad Datu kali ke-37 dan 38 tahun.

Kenyataan terbaharu itu menyaksikan STAR tidak lagi terikat dengan PN selepas menyertai gabungan itu selama 26 bulan sejak Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-16 pada September 2020