AIM Kota Kinabalu anjur pertandingan futsal perkasakan hubungan silaturahim peserta

606

KOTA KINABALU: Disebalik kesibukan mengusahakan perniagaan secara kecil-kecilan, peserta Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) cawangan Kota Kinabalu berjaya menganjurkan Perlawanan Futsal Blok Kionsom Cawangan Kota Kinabalu di Gelanggang Futsal Kg Kobuni pada Ahad.

Perlawanan futsal wanita, bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan peserta AIM itu , dirasmikan Pengurus Kanan Wilayah Jahinin Siman.

Pihak penganjur membahagikan semua pasukan kepada dua kumpulan untuk beraksi dalam format liga dan dua pasukan terbaik dalam kumpulan mara ke pusingan seterusnya.

Program sehari itu menyaksikan pasukan dari Pusat Wanita Ikhtiar Kampung Kobuni
muncul juara buat pertamanya dalam pertandingan itu yang disertai lapan pasukan.

Pasukan itu menerima medal dan bakul hadiah yang disampaikan Jahinin.

Lebih 200 orang yang kebanyakannya peserta AIM hadir menyemarakkannya program sukan futsal itu, disamping menyemai semangat kekeluargaan AIM melalui program futsal yang sudah lama dirancang tetapi tertangguh susulan pandemik Covid -19 yang melanda negara awal 2020.