Kenyataan Media Pengerusi Perikatan Nasional
Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin
KUALA LUMPUR: Saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada YB Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah dilantik oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10. Dengan Kerajaan Persekutuan diterajui oleh Pakatan Harapan, Perikatan Nasional akan memainkan peranan semak dan imbang dalam Parlimen Malaysia dengan membawa suara rakyat selaras dengan prinsip Demokrasi Berparlimen. Bergerak ke hadapan, PN akan meneruskan perjuangan demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara berpandukan prinsip Prihatin, Bersih dan Stabil.