Salleh zahir ucapan tahniah kepada Anwar

KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menzahirkan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10.

Advertisements

Ucapan tahniah itu dizahirkan menerusi hantaran terbaharu di Facebook.

“Dengan pembentukan kerajaan perpaduan, moga ia dapatĀ  memastikan pembangunan dan kesejahteraan negara,” kata Salleh yang juga Adun Usukan.

Petang semalam, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu selesai mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Anwar, 75, mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaras Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan

Related Articles

253FansLike

Latest Articles