Ketua Menteri Bentang Belanjawan Negeri Sabah 2023 Esok

75

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor yang juga Menteri Menteri Kewangan Negeri membuat semakin terakhir Belanjawan Negeri Sabah 2023 yang akan dibentangnya pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke 16, Jumaat ini (25 November 2022) di pejabatnya di Kementerian Kewangan Negeri, Kota Kinabalu, hari ini.
Bersama beliau ialah Menteri Kewangan ke-2, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Pembantu Menteri Kewangan, Datuk Jasnih Daya dan Datuk Juliti Mojungki, Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri, Datuk Mohd Sofian Alfian Nair, Penasihat Khas Ketua Menteri (Kewangan dan Ekonomi), Datuk Peter Thien dan Jawatankuasa Bajet Negeri.