KDM Sokong Kerajaan Perpaduan

Kenyataan Media Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) Datuk Peter Anthony

Advertisements

KOTA KINABALU: Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) berpendirian bahawa adalah
penting untuk pembentukkan kerajaan perseketuan yang stabil demi kepentingan
negara.
Oleh itu, semua Ahli Majlis Tertinggi Parti KDM senada untuk akur kepada apa
sahaja keputusan dan nasihat Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong untuk
mewujudkan kerajaan perpaduan demi kestabilan negara dan kesejahteraan rakyat
Malaysia.
Parti KDM juga berpendirian bahawa penubuhan kerajaan perpaduan haruslah
bersifat inklusif dan turut melibatkan Kerajaan Sabah dan Sarawak. Untuk
memastikan negara maju ke hadapan, kita mesti mempunyai kestabilan politik demi
menjamin pembangunan ekonomi ke arah kemakmuran dan kesejahteraan rakyat.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles