PRU15: Calon PN Ronald Kiandee tunai kewajiban mengundi di SK Pekan Beluran

BELURAN: Calon Perikatan Nasional (PN) Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee menunaikan tanggungjawab mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Beluran hari ini.

Advertisements

Ronald tiba pada jam 9.45 pagi kemudiannya melaksanakan tanggungjawab di Saluran Dua pada jam 10.10 pagi.

Ketika ditemui media selepas mengundi di SK Pekan Beluran, beliau berharap agar suasana tenang ketika proses pengundian di SK Pekan Beluran dan pusat mengundi lain di Parlimen Beluran akan berterusan sehingga petang.

“Kita adakan proses pilihan raya dalam keadaan tenang, terkawal supaya kita dapat menunaikan tanggungjawab kita dengan berkesan dan juga mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang ada.

“Saya telahpun menunaikan tanggungjawab untuk mengundi dalam PRU ini, dan kelihatan ramai penduduk Beluran juga sedang bergilir untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih di SK Pekan Beluran,” katanya.

Kerusi Parlimen Beluran menyaksikan pertandingan lima penjuru dengan calon lain ialah Benedict Asmat (BN) Rowiena Rasid daripada Parti Warisan (WARISAN), Hausing Samsudin @ Sudin (Pejuang) dan Felix Joseph Saang daripada Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) mewakili Pakatan Harapan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles