Oleh: Jaafar Abd Wahid
BUKIT GARAM : Timbalan Ketua Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin menunaikan kewajipan mengundi di Pusat Mengundi SMK Bukit Garam Kimabatangan pada Sabtu.
Beliau tiba di pusat mengundi pada pukul 12 tengahari bersama isteri, Datin Seri Panglima Nor Asmidah Alimudin yang mengundi di PDM Sk Kota Kinabatangan
Bung yang tiba di PDM SMK Bukit Garam tepat jam 12.30 dan memasukkan kertas undi tepat pukul 12.40 petang
Untuk rekod, seramai 44773 pemilih di Parlimen P. 187 Kinabatangan dijangka menunaikan tanggungjawab mereka pada PRU Ke-15 kali ini.
Bung yang juga penyadang kerusi Perlimen Kinabatangan pada PRU Ke-15 kali ini berdepan dalam perlawan “satu lawan satu” dengan calon dari parti Warisan Mazliwati Abdul Malek 49.
Pada PRU14, Bung Moktar yang mula menjadi ahli parlimen kawasan ini sejak november 1999 berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Kinabatangan dengan majoriti sebanyak 9,478 undi selepas menewaskan dua pencabar lain iaitu Warisan dan Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat)
Sementara itu, tinjauan yang dilakukan mendapati proses pengundian di situ berjalan lancar sejak pusat mengundi dibuka pada pukul 7.30 pagi walaupun keadaan cuaca hujan pada sebelah pagi namun tidak menghalang pengundi hadir dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Ditanya peluang BN pada PRU kali ini Bung yang juga Ketua Umno bahagian Kinabatangan yakin mampu mempertahankan kerusi berkenaan.