KIULU: Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Parlimen P170 Tuaran, Datuk Seri Panglima Madius Tangau selesai mengundi di Pusat Daerah Mengundi (PDM) SMK Tun Fuad Stephens Kiulu.
Beliau hadir ditemani isteri, Datin Seri Dr Jaina Sintian menunaikan tanggungjawab mengundi pada pukul 9.50 pagi.
Parlimen Tuaran pada kali ini menyaksikan pertandingan enam penjuru melibatkan melibatkan Madius Tangau (PH), Jo-Anna Sue Henly Rampas (Warisan), Muminin Kalingkong (Pejuang), Nortaip Suhaili (Bebas), Boby Lewat (Bebas) dan Datuk Joniston Bangkuai (GRS).
Untuk rekod, Parlimen Tuaran mempunyai 83,419 pengundi pada PRU15 berbanding 54,400 pada PRU14 yang lalu.