Underdog KDM mampu buat kejutan di Pensiangan

KENINGAU: Meskipun dilabelkan sebagai ‘underdog’, Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) yakin mampu membuat kejutan di Parlimen Pensiangan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Sabtu ini.

Advertisements

Menurut pemimpin tempatan di kawasan itu, Edward Kandok, terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada peningkatan sokongan rakyat terhadap KDM di Parlimen terbabit.

Beliau berkata calon KDM Pensiangan Jekerison Kilan mempunyai bilangan keluarga Murut yang besar selain popularitinya sebagai bekas pemain bola sepak Sabah.

Edward berkata masyarakat Kadazandusun di kawsan Pensiangan juga cenderung menyokong calon KDM itu yang menurut mereka mesra rakyat dan mudah didampingi.

“Kita lihat sokongan terhadap BN, PH dan KDM sama banyak walaupun kami underdog dan KDM boleh buat kejutan di Pensiangan,” katanya kepada Jesselton Times hari ini.

Edward yakin KDM di bawah pimpinan Datuk Peter Anthony yang berwibawa mampu memenangi beberapa kerusi Parlimen yang ditandingi termasuk Kota Marudu dan Tenom.

Sehubungan itu, beliau mengajak pengundi Pensiangan supaya keluar beramai-ramai dengan membawa kad pengenalan masing-masing ke pusat pengundian pada 19 Nov ini.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles