Rahman Dahlan ada aura rampas Parlimen Kota Belud – Pak Aziz

KOTA KINABALU: Keputusan pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) meletakkan Datuk Abdul Rahman Dahlan bertanding di Parlimen Kota Belud adalah tepat kerana bekas Menteri Persekutuan itu diyakini mampu merampas Parlimen terbabit.

Advertisements

Mantan Timbalan Pengerusi Biro Kebajikan Umno Sabah dan AJK Umno Kota Belud, Pak Aziz Hj Bilin berkata selepas 12 hari berkempen, ternyata sokongan rakyat terhadap BN semakin meningkat.

Beliau berkata calon BN Abdul Rahman merupakan pilihan terbaik untuk pengundi Kota Belud.

“Saya melihat sambutan berdasarkan bahasa badan pengundi lebih baik dan sambutan lebih mesra.

“Bagi saya, Abdul Rahman merupakan seorang pemimpin berjiwa rakyat dan berpandangan jauh yang diharap dapat membawa Kota Belud ke era kecemerlangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Pak Aziz menyeru pengumdi Kota Belud supaya memberi sokongan padu kepada Abdul Rahman pada 19 Nov ini, sekali gus merampas kerusi Parlimen Kota Belud daripada Parti Warisan Sabah.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles