Kerajaan Sabah beri perhatian isu pendidikan

KOTA BELUD: Kerajaan Sabah sentiasa memberi perhatian kepada isu pendidikan di negeri ini.

Advertisements

Bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Dr Seri Salleh Said Keruak berkata ini kerana pendidikan memainkan peranan penting dalam membangunkan modal insan generasi akan datang yang cemerlang.

“Dalam hal ini, yakinlah bahawa kerajaan Sabah secara berterusan membantu meningkatkan tahap pendidikan di negeri ini.

“Sebagai contoh kerajaan negeri menawarkan biasiswa dan selain itu,
kerajaan memperuntukkan wang yang banyak kepada sekolah pelbagai aliran setiap tahun,” katanya.

Salleh yang juga Adun Usukan berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang SMK Pekan II Kota Belud di sini hari ini.

Menurutnya penekanan aspek pendidikan itu selaras dengan agenda utama yang kerajaan negeri, sekali gus membantu lmemacu pembangunan negeri Sabah.

Salleh berkata peranan pendidikan telah kini jauh berubah berbanding fungsi tradisionalnya.

“Murid-murid bukan sahaja datang ke sekolah untuk belajar tetapi untuk dididik sebagai pewaris negara agar menjadi modal insan yang berilmu dan berakhlak mulia,” katanya.

Salleh berkata ini selari dengan salah satu Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), iaitu meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan.

“Kita perlu bersedia untuk melakukan suatu anjakan paradigma dalam sistem pendidikan melalui inovasi dasar dan strategi yang berterusan.

“Dasar dan strategi yang telah terbukti berjaya pada masa lampau, tidak semestinya berkesan untuk masa ini dan masa hadapan. Sistem pendidikan kita mestilah sentiasa dinamik dan progresif serta bersedia untuk melalui proses perubahan dan pembaharuan seiring dengan peredaran zaman,” katanya.

,

Related Articles

253FansLike

Latest Articles