Usaha jejaki pengundi Putatan perlu ditingkatkan

PUTATAN: Jentera Jalinan Rakyat (JR) perlu memainkan peranan menyeluruh untuk terus komited mendekati pengundi.

Calon BN Parlimen P.173 Putatan, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, dalam tempoh kempen yang bermula semalam, apa yang penting adalah kerja keras dalam menjejaki para pengundi selain mengamalkan budaya jangan mudah berpuas hati dengan usaha sedia ada.

Jelasnya, Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini merupakan pilihan raya getir dalam memastikan BN dapat menawan semula Putrajaya.

Di Putatan menurut beliau, terdapat peningkatan jumlah pengundi yang begitu ketara dan proses mendekatinya amat memerlukan kerjasama semua pihak baik jentera parti dan mereka yang terlibat.

“JR yang dilantik tidak boleh berpuas hati dan perlu meneruskan kerja keras mereka menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November ini.

“Setakat ini, keadaan bancian penjejakan ataupun proses menjejaki pengundi di Parlimen Putatan berada dalam keadaan yang memuaskan.

“Namun, kita tidak boleh leka dan bersenang hati kerana kita masih ada lebih kurang 13 hari sebelum hari paling penting, iaitu hari mengundi, “katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika mengadakan perjumpaan Bersama Jentera di Markas PDM Taman Pantai Lok Kawi, hari ini.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles