PNRF anjur Majlis Anugerah Penarafan Pengurusan KKP Kolej Kediaman UMS

KOTA KINABALU: Pusat Pengurusan Non Residen dan Fasiliti Perumahan Pelajar (PNRF) Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengadakan Majlis Anugerah Penarafan Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) Kolej Kediaman Sesi 2021/2022, di sini baru-baru ini.

Advertisements

Majlis yang buat julung kalinya diadakan itu dianjurkan dengan kerjasama Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (PKKP), UMS.

Pengarah PNRF, Hasmi Hashim berkata, kejayaan perlaksanaan majlis anugerah itu memperlihatkan bukti yang jelas sokongan dan komitmen tinggi serta kerjasama semua pihak tanpa mengenal erti penat dan jemu.

“Usaha ini seterusnya membawa kepada amalan membudayakan KKP untuk pelajar selaras dengan usaha untuk mendapatkan pensijilan Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (ISO 45001: 2018).

“Sesungguhnya, penganjuran anugerah ini bermatlamat memberikan penarafan bintang kepada semua kolej kediaman UMS berdasarkan penilaian Jawatankuasa penilai yang telah diadakan sebanyak dua siri iaitu siri 1/2021 pada 30 November 2021 manakala siri 2 telah diadakan pada 21 Julai dan 28 Julai 2022,” tambah Hasmi.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Hasmi turut merakamkan setinggi penghargaan kepada semua ahli jawatankuasa penilai di atas pengorbanan masa dan tenaga dalam menjayakan aktiviti penarafan pengurusan KKP di peringkat kolej kediaman universiti.

Pada majlis tersebut menyaksikan Kolej Kediaman Lestari, UMS Kampus Sandakan mendapat penarafan tempat pertama, Kolej Kediaman Antarabangsa Kingfisher tempat kedua, manakala Kolej Kediaman Kampus Antarabangsa Labuan di tempat ketiga.

Majlis penyampaian anugerah disempurnakan Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr Kasim Hj Mansor.

Kasim turut mengucapkan tahniah kepada semua penerima anugerah dan merakamkan penghargaan kepada PNRF dan PKKP atas kejayaan melaksanakan majlis tersebut.

Beliau berharap agar anugerah seumpama itu dapat diteruskan lagi pada masa hadapan.

Pada majlis berkenaan Kasim turut melancarkan e-buku panduan PNRF dan saluran youtube rasmi PNRF yang kini telah mencecah 1,930 pelanggan (subscribers).

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UMS, Prof Madya Dr. Raman Noordin, Pengarah PKKP, Prof. Dr. Khamisah Awang Lukman, Ketua Jabatan HEP, Mohd Raffie Hj. Janau, dan Pengetua-Pengetua Kolej Kediaman UMS.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles