Calon BN Libaran Terima Sokongan padu pelbagai pemimpin parti

SANDAKAN: Calon Barisan Nasional (BN) Libaran, Datuk Suhaimi Nasir mendapat sokongan padu daripada pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Libaran dibawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan bekas pemimpin Parti Warisan Sabah.

Advertisements

Kehadiran Ketua Bahagian PPBM Libaran yang juga penyandang kerusi P184 Libaran, Datuk Zakaria Edris di kediaman Suhaimi telah mengkikis khabar angin dakwaan PPBM Libaran tidak akan membantu calon BN di kawasan itu.

Zakaria telah menyatakan sokongannya kepada Suhaimi dalam pertemuan yang turut dihadiri beberapa pemimpin PPBM Libaran dan pemimpin Umno Libaran termasuk Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga Datuk Mohd Hamsan Awang Supain.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik, Jaffari Wiliam dari PPBM juga turut bertemu Suhaimi dan kelihatan bersama penyokongnya di Pusat Penamaan Calon sabtu lepas dan pada majlis pelancaran jentera BN di Comman Center BN Libaran.

Suhaimi juga telah dikunjungi oleh bekas penyokong kuat Parti Warisan dan bekas penyokong calon bebas dalam PRN Sabah di kawasan Gum-Gum, Roslan Kadir @ Sohlong bersama penyokong turut menyatakan sokongan kepada Suhaimi.

Selain itu, turut menyatakan sokongan adalah pemimpin kompenan BN iaitu Pengerusi MIC Negeri Sabah Peer Mohamad Kadir dan Timbalan Pengerusi MIC Sabah T.Vigneswaran. Manakala, Ketua Bahagian PBRS Sungai Sibuga Latifah Komidis hadir kempen Suhaimi di PPM Merpati.

Suhaimi merupakan Bendahari Umno Negeri Sabah, Ketua Bahagian Umno Libaran dan ADUN Dilantik.

Dalam PRU15, Parlimen Libaran menyaksikan pertembungan enam penjuru melibatkan Suhaimi yang ditentang lima calon lain iaitu Dr. Peter Jr Naintin (Pakatan Harapan), Amdan @ Saban Tumpong (Bebas), Sh Bokrata Sh Hassan (Warisan), Nordin Khaning (PPRS) dan Jeffri Pudang (Pejuang).

Related Articles

253FansLike

Latest Articles