Salleh turun padang tinjau program Jelajah KOJASA ringankan beban rakyat

KOTA BELUD: Anggota Dewan Undangan Negeri Usukan Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak hari ini turun padang bagi meninjau perjalanan program “Jelajah KOJASA bertujuan meringankan beban rakyat di kampung Kelawat dekat sini.

Advertisements

Program Jelajah KOJASA yang merupakan cetusan idea ADUN Usukan merangkap Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad (QSB) itu mendapat sambutan menggalakkan khususnya penduduk kampung Kelawat.

KOJASA (Kojasa Holdings Berhad) merupakan anak syarikat milik penuh QSB.

Kesemua barangan keperluan harian yang ditawarkan sempena Jelajah KOJASA itu dijual dengan harga berpatutan.

KOJASA yang dihidupkan semula Disember tahun lepas itu bermatlamat untuk menolong rakyat melalui tawaran dan penjualan barangan keperluan pada harga berpatutan.

Ia juga membantu dan bekerjasama dengan usahawan tempatan untuk memasarkan dan menjual produk mereka di Kojasa Mart.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles