KISDAC Advent lakukan lawatan muhibbah ke Tawau

Gambar: Ketua rombongan KISDAC, Elder Elmer James menyampaikan cenderamata kenangan kepada Elder Gereja SDA Kuhara Alex Fandrianus yang disaksikan anggota dan Pastor Daerah Tawau Widin.

Advertisements

TAWAU: Seramai 40 orang ahli KISDAC dari Gereja SDA Kitobu Inanam telah mengadakan Lawatan Muhibah ke Tawau selama tiga hari bermula Jumaat lepas.

Antara pengisian lawatan tersebut ialah perlawanan badminton persahabatan, kunjungan muhibah ke gereja SDA Kuhara dan lawatan ke The Peaks, Bukit TV.

Menurut ketua rombongan KISDAC, Elder Elmer James, lawatan itu, antara lain, bertujuan memupuk dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama anggota Advent.

Beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada anggota gereja SDA Kuhara diketuai Elder Alex Fandrianus yang memberi layanan sangat baik semasa kunjungan ke gereja pantai timur itu.

Rombongan KISDAC turut berkesempatan melawat beberapa pulau di Semporna termasuk Boheydulang, Timba-Timba, Mataking, Pom-Pom dan Mantabuan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles