Warisan dijangka tanding kesemua 25 Kerusi Parlimen Sabah

KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah (Warisan) dijangka bertanding di semua 25 kerusi Parlimen di Sabah dan satu kerusi Parlimen di Labuan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Advertisements

Presidennya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata Warisan telah mengenal pasti calon berpotensi, termasuk beberapa muka baharu yang bakal diketengahkan pada PRU15.

“Kita akan membuat pengumumannya dalam masa terdekat.Apa yang penting ialah calon yang bertanding boleh menang,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Warisan di Kolombong di sini hari ini.

Mohd Shafie berkata parti itu juga
dijangka bertanding di tujuh negeri di Semenanjung Malaysia.

Ini termasuk beberapa kerusi Parlimen di Johor, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Selangor dan Perak, katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles