Parlimen dijangka dibubarkan esok ?

KOTA KINABALU: Selepas tiga hari Bajet 2023 dibentangkan di Dewan Rakyat, spekulasi kini semakin bertiup kencang meramalkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengumumkan pembubaran Parlimen pada Isnin.

Advertisements

Sekiranya Parlimen dibubarkan, sembilan bulan sebelum penggalnya tamat, pilihan raya umum kemungkinan diadakan pada minggu pertama Nov, berdasarkan amalan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam pilihan raya umum 2013 dan 2018.

Ismail dilaporkan menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini untuk mendapat perkenan baginda bagi membubarkan Parlimen.

Menurut sumber peringkat tinggi kerajaan yang dihubungi FMT berkata, beliau tidak boleh mendedahkan sebarang maklumat mengenai pertemuan itu.

Bagaimanapun sumber itu memberitahu,”Saya percaya ada satu pengumuman penting dari perdana menteri esok,”.

Katanya, surat jemputan kepada media berhubung pengumuman itu akan dikeluarkan beberapa jam lagi.

Terdahulu, New Straits Times melaporkan, Ismail menghadap Yang di-Pertuan Agong pada tengah hari ini untuk mendapat perkenan bagi membubarkan Parlimen.

“Parlimen mungkin dibubarkan seawal-awalnya esok,” kata sumber yang dipetik New Straits Times.

Sumber – Malaysia Post

Related Articles

253FansLike

Latest Articles