Lebih 400 belia sertai Sabah Pathfinder Camporee di Kibunut

PENAMPANG: Lebih 400 belia menyertai Sabah Pathfinder Camporee peringkat Kota Kinabalu di Pusat Perkhemahan Kibunut, dekat sini.

Advertisements

Perkhemahan tiga hari bermula Jumaat itu bertujuan mendedahkan para belia dengan aktiviti kerohanian, perbarisan beruniform, latihan dan pertunjukan kemahiran ‘survival’ serta ceramah motivasi.

Majlis penutupan perkhemahan itu disempurnakan Presiden Majlis Belia SabahAbqaree Fawwaz Abekan hari ini.

Dalam ucapannya, beliau berkata golongan belia merupakan penentu masa depan dan kejayaan sesuatu masyarakat dan negara.

Oleh itu, Abqaree Fawwaz berkata adalah penting bagi membentuk sahsiah golongan belia yang aktif, berdisiplin dan progresif.

Sehubungan itu, beliau menyambut baik penganjuran program perkhemahan belia
anjuran Kelab Pathinder Sabah Cawangan Kota Kinabalu yang menurutnya membantu mewujudkan belia yang berwawasan.

Beliau turut menekankan pentingnya para belia memiliki kemahiran hidup, kepimpinan, agama, kerohanian serta fizikal yang sihat.

Abqaree Fawwaz juga yakin aktiviti perkhemahan yang terpimpin boleh membantu menghindar golongan itu daripada terlibat aktiviti tidak sihat termasuk penyalahgunaan dadah dan masalah sosial.

Sementara itu, hujan lebat dan banjir yang melanda kawasan itu dua jam selepas upacara penutupan program tidak melunturkan semangat para belia Advent untuk meneruskan aktiviti perkhemahan tersebut.

Malahan, hampir semua peserta program berkenaan terpaksa bermalam lagi di pusat perkhemahaan tersebut susulan banjir kilat Sungai Kibunut.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles