HUMS di Stadium Likas pada 1-2 Okotber 2022  

KOTA KINABALU – Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) menjemput orang ramai untuk berkunjung ke reruai HUMS yang akan berada di perkarangan Stadium Likas Kota Kinabalu pada 1 dan 2 Oktober 2022 bersempena Program ‘Kita Demi Negara’ Zon Sabah.
 
Menurut satu kenyataan, HUMS memaklumkan antara aktiviti yang terdapat di reruai tersebut ialah Saringan Kesihatan Asas, Pameran Klinik Berhenti Merokok, Pameran Program Hibiscus dan Temu Janji serta saringan HPV di Klinik bergerak HUMS untuk golongan B40 yang layak.
 
Program ‘Kita Demi Negara’ merupakan kempen anjuran Kementerian Dalam Negeri bertujuan mengukuhkan kerjasama Keluarga Malaysia dalam menjaga ketenteraman dan keselamatan negara.
 
Antara aktiviti lain yang akan diadakan pada program itu ialah sesi townhall bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Panglima Hamzah Zainudin, pertunjukan keselamatan, program jualan murah Keluarga Malaysia, persembahan nyanyian, wayang pacak can cabutan tiket bertuah.
 
Selain itu, orang ramai juga berpeluang untuk mendapatkan perkhdimatan mobile daripada Jabatan Pendaftaran Negara dan diskaun saman sebanyak 50 peratus daripada Polis Diraja Malaysia.

Advertisements

Related Articles

253FansLike

Latest Articles