Pendidikan Kunci Kejayaan, kata Baharul

KOTA KINABALU: Kecemerlangan pendidikan merupalan kunci utama kejayaan dan penentu masa depan seseorang, khususnya golongan pelajar.

Advertisements

Pengerusi Persatuan Bekas Pelajar SMK Taun Gusi Dato’ Baharul Sawi berkata
dalam kehidupan sekarang, pendidikan merupakan keperluan yang penting selepas makanan, pakaian dan tempat berlindung.

“Pendidikan memainkan peranan yang kuat di dalam hidup kita. Untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik, pendapatan yang tinggi dan kemewahan dalam hidup juga memerlukan  pendidikan yang tinggi.

“Kejayaan seseorang pelajar tidak boleh diukur menerusi jurusan pengajian yang dipilihnya tetapi bergantung kepada keupayaannya menguasai pembelajaran,” katanya.

Baharul berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Graduasi Tingkatan 6 SMK Taun Gusi yang ke-8, di sini hari ini.

Justeru itu, beliau mengingatkan para pelajar yang bakal masuk ke institusi pengajian tinggi supaya memilih jurusan yang sesuai dan tepat.

“Tidak dapat disangkal, minat adalah pendorong utama atau permulaan bagi kita memilih sesuatu bidang.

“Bagaimanapun, pemilihan jurusan untuk peringkat universiti, pelajar lulusan Tingkatan enam tidak boleh hanya bersandarkan minat semata-mata. Sebaliknya ia perlu juga dibuat berdasarkan pengiraan jurusan keperluan bagi membolehkan seseorang itu memasuki pasaran kerja dengan lebih mudah,” katanya.

Baharul berkata antara punca utama
kegagalan graduan mencari pekerjaan ialah pilihan bidang pengajian yang bukan menjadi keperluan utama pasaran kerja atau berlaku lambakan graduan dalam bidang berkenaan.

Dalam era paska pandemik Covid-19 , beliau berpendapat antara jurusan yang boleh diterokai paska pandemik ialah Marketing Digital atau Pemasaran Secara Digital.

Kebelakangan ini kebanyakan syarikat di negara ini memerlukan graduan yang mahir digital, katanya.

Selain itu, para graduan digalakkan melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan serta kemahiran bagi membolehkan mereka bersaing menghadapi kehidupan lebih mencabar.

“Ini seiring dengan tuntutan dunia tanpa sempadan serta memenuhi aspirasi negara, setiap individu harus mengambil peluang menguasai pelbagai kemahiran dan ilmu pengetahuan,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles