KOTA BELUD: Pencapaian pelajar wajar diutamakan kerana mereka merupakan aset dan modal insan negara pada masa hadapan.
ADUN Usukan Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata pembangunan modal insan tidak akan terlaksana sekiranya budaya dan sikap pelajar tidak dibentuk serta diperkasa melalui penyampaian ilmu pengetahuan dan kemahiran.
“Sudah tentu, kemahiran tertentu murid-murid ini diperolehi daripada aktiviti luar bilik darjah. Murid murid kita bukan sahaja meningkatkan tahap kemahiran mereka dalam kegiatan korikulum, malah turut diberikan pengiktirafan , serta penghargaan,” katanya.
Salleh berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Pencqpaian Pembangunan Murid (MAPPeM) pejabat pendidikan daerah Kota Belud di Dewan Harmoni SK Pekan, dekat sini hari ini.
Turut hadir Pegawai Pendidikan Daerah Mohd Fadzli Abdul Rozan.
Salleh berharap anugerah kecemerlangan yang mengiktiraf kegiatan luar bilik darjah itu dapat diteruskan pada tahun tahun akan datang.
“Dengan adanya anugerah seperti ini, ia akan menyuntik lagi semangat, mencetus inspirasi, dan menjadi suri teladan terbaik kepada semua murid murid, warga pendidik, seterusnya kepada masyarakat khususnya di daerah Kota Belud ini,” katanya.