SPRM Sabah tahan pegawai Badan Berkanun Persekutuan

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah hari ini menahan seorang pegawai sebuah Badan Berkanun Persekutuan bagi membantu siasatan membabitkan satu kes rasuah.

Advertisements

Menurut sumber, pegawai berkenaan
dipercayai meminta wang rasuah sejumlah RM22,000 itu daripada seorang pemilik syarikat sebagai dorongan supaya syarikat itu diberikan kerja-kerja berkaitan pembersihan tanah.

Suspek lelaki berusia 33 tahun yang sebelum ini pernah bertugas di sebuah daerah di Sabah ditahan di pejabat SPRM Kota Kinabalu, Sabah kira-kira jam 12.30 tengahari.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Menurutnya suspek tersebut akan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu, Sabah dalam masa terdekat.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles