Sabah antara negeri catat kematian ibu tertinggi

 
KOTA KINABALU: Sabah merupakan antara negeri yang mempunyai kadar kematian ibu dan kes kekurangan zat makanan kanak-kanak tertinggi di negara ini.

Advertisements

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata Sabah juga menghadapi masalah pendatang tanpa izin dan orang tanpa kerakyatan yang agak tinggi yang telah menyumbang kepada penularan penyakit berjangkit.
 
Semasa pandemik COVID-19 melanda negara, Hajiji berkata ketahanan sistem kesihatan di Sabah telah diuji yang menyaksikan negeri ini mencatatkan jangkitan kes COVID-19 yang sangat tinggi.

“Namun hasil sokongan Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri Sabah serta kerjasama semua pihak, kita telah berjaya menghadapi krisis itu,” katanya.

Hajiji berkata demikian dalam teks ucapannyq sempena Sesi Town Hall Kertas Putih Kesihatan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah hari ini.

Teks ucapannya disampaikan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk lr. Shahelmey bin Yahya.

Turut hadir Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Hajiji berkata jika dibandingkan dengan negeri lain di Semenanjung, Sabah menghadapi kekangan dari segi peruntukan kewangan, fasiliti kesihatan dan sumber manusia yang terhad.

Beliau berkata klinik kesihatan dan peralatan usang juga menjadi isu utama dalam sistem perkhidmatan kesihatan di negeri ini.
 
“Nisbah doktor kepada penduduk adalah jauh lebih rendah berbanding purata kebangsaan, misalnya untuk perkhidmatan pergigian di Sabah pula, nisbah doktor gigi kepada penduduk adalah seorang doktor gigi untuk hampir 7000 orang penduduk, berbanding purata kebangsaan seorang doktor gigi untuk 2,816 orang penduduk,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles