Jangan Bimbang, Saya Masih Sihat – Bung

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin mengesahkan beliau sihat dan masih berada di Kuala Lumpur selepas menghadiri prosiding mahkamah pada Jumaat lepas.

Advertisements

Dalam hantaran yang dimuat naik sendiri di Media Sosial (FB) milik beliau, Bung mengesahkan beliau sihat seperti biasa.

“Kepada semua raka-rakan dan juga musuh-musuh politik, jangan bimbang (don’t worried) saya kekal di posisi yang tenang dan masih sihat dalam perlindungan Allah,” katanya dalam hantaran ringkas di Media Sosial milik beliau.

Menurut Pengerusi Barisan Nasional Sabah itu beliau akan bersama rakyat dan penyokong-penyokong Barisan Nasional (BN) di Kota Belud pada 10 Sept ini bagi melancarkan program Gelombang Biru dan Pelancaran Jentera Pilihanraya Kota Belud dan Tuaran.

Sementara itu, Setiausaha Akhbarnya Jaafar Abdul Wahid ketika dihubungi berkata sejak petang tadi beliau tidak henti-henti menerima panggilan dan WhatsApp dari kalangan beberapa pemimpin dan rakan-rakan Bung bertanyakan khabar ekoran tularnya sekeping gambar di media sosial dan aplikasi WhatsApp Bung terbaring di atas katil sambil diziarahi Seituasha Agung Umno Datuk Ahmad Maslan dan Menteri Pelancongan,Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Arifin seolah-olah memberikan gambaran Bung sakit dan sedang menerima rawatan.

“Gambar tersebut merupakan gambar lama diambil sekitar 2015/2016 ketika Bung balik dari menjalani rawatan buah pinggang di China ,yang sengaja disebarkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dengan tujuan untuk menjejaskan reputasi Bung dalam kerjaya politiknya,” jelas Jaafar.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai agar tidak mempercayai berta palsu yang ditularkan oleh individu yang tidak bertanggung jawab, malah menurut Jaafar beliau (Bung) telah mengesahkan sendiri di akaun media sosialnya yang beliau sihat.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles