KOTA KINABALU: Persiden Badan Bahasa dan Sastera Sabah Datuk Jasni Matlani menyerahkan beberapa nashkah buku Antologi Puisi Keluarga Malaysia kepada Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin dalam satu majlis ringkas di sini pada Isnin.
Bung diwakili Setiausaha Akhbarnya Jaafar Abdul Wahid pada majlis itu.
Menurut Jasni antologi puisi Keluarga Malaysia terbitan Iris Publishing & Distriubutors itu memuatkan 104 buah puisi yang dihasilkan oleh beberapa para pemimpin negeri dan juga beberapa beberapa penulis tempatan.
Katanya antologi puisi itu merupakan satu apresiasi bagi berkongsi suara hati ,inspirasi serta pemikiran mereka dalam menterjemahkan slogan ” Keluarga Malaysia” yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Dato’Sri Ismail Sabri Yaakub.
Jasni berkata Bung merupakan antara pemimpin di negeri ini yang bukan sahaja menyumbang dana kewangan untuk membiayai penerbitan antologi ini tapi turut menyumbang sebuah puisi dalam antologi dan “sebagai rasa penghargaan dan terima kasih Badan Bahasa dan Sastera Sabah hari ini menyampaikan beberapa naskah antologi untuk simpanan beliau”.