Lapan Lagi Belia Tamparuli Sertai PBS

TAMPARULI: Selepas kemasukan tiga belia menerusi Pergerakan Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) di Pejabat Bahagian PBS Tamparuli Selasa lepas, lapan lagi belia mengambil langkah sama kelmarin.

Advertisements

Program Jalinan Bersatu (JB) PBS yang diaktifkan oleh sayap Pemuda dan Wanita Bahagian terus mendapat suntikan semangat apabila lapan lagi golongan muda menyertai parti itu kelmarin.

Penyerahan borang-borang itu dibuat dalam satu majlis ringkas di MJ Corner, diterima oleh Setiausaha Bahagian, Welson Lian yang mewakili Ketua Bahagian, Datuk Jahid Jahim.

Sementara itu, Ketua Wanita PBS Bahagian, Datin Malianah Ugau berkata, bilangan lapan orang mungkin kedengaran agak sedikit, tetapi sekurang-kurangnya jumlah ini telus dan tidak ‘dibuat-buat’.

“Kita kemukakan jumlah yang benar-benar pasti dan memang tuan punya badan sendiri datang kepada kita,” katanya.

Untuk rekod, lapan orang belia-beliawanis tersebut merupakan pengundi dari kawasan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Mangkaladoi.

Turut hadir memberikan sokongan ialah Ketua Pergerakan Pemuda PBS Bahagian Tamparuli, Rizkam Wenddy Yabin, serta beberapa AJK Bahagian dan Cawangan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles