Generasi muda digesa terapkan semangat patriotisme kibar Jalur Gemilang

SANDAKAN: Masyarakat di Sandakan khususnya kawasan Libaran diajak kibarkan Jalur Gemilang dan bendera Negeri Sabah sempena sambutan Hari Kebangsaan.

Advertisements

Ketua Bahagian MCA Libaran Dato’ Chin Kim Hiung berkata demikian selepas menyerahkan 200 bendera Jalur Gemilang dan Negeri Sabah kepada empat buah sekolah jenis kebangsaan Cina dalam kawasan Libaran pada Khamis.

Majlis penyerahan telah dilangsungkan di SJK (C ) Pui Gin dan empat buat sekolah SJK (C ) Syn Hua, SJK (C ) Pei Hwa, SJK (C ) Ming Chung dan juga SJK (C ) Pui Gin diwakili pengetua masing- masing.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Bahagian Potter Liau dan Naib Ketua Bahagian Lin Tze Lai.

Menurut Chin yang juga Bendahari MCA Negeri, sekiranya semangat cinta negara dapat dipupuk sejak kecil, sudah pasti ia akan terus diamalkan dan dikekalkan sehingga dewasa.

Amalan sebegini penting kerana ia dapat melahirkan masyarakat yang sentiasa cinta pada negara dan tidak akan melakukan perbuatan yang boleh mencemarkan imej negara, kata Chin.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles