Oleh: Jaafar Abd Wahid
KOTA KINABALU: Persidangan Cawangan,Pemuda dan Puteri UMNO di seluruh negara yang membuka tirainya pada Isnin lepas (15 Ogos) dan berakhir 18 Sept ini menjadi platfrom terpenting parti politik terbesar Melayu/Bumiputera itu untuk memperkukuh solidariti dan mencatur strategi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-15
Ketua UMNO Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata persidangan di peringkat cawangan itu merupakan medan yang amat penting bagi agenda pengukuhan parti, justeru semua ahli perlu bersatu memberikan komitmen yang tinggi bagi menjayakan mesyuarat di peringkat cawangan.
“Selamat bersidang kepada semua Cawangan, Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO seluruh negara bermula hari ini (Isnin), 15 Ogos sehingga 18 September 2022
“Pemimpin dan ahli parti di peringkat akar umbi perlu memahami persidangan kali ini merupakan medan yang amat penting untuk membincangkan agenda memperkukuhkan parti terutama dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 ” katanya .
Beliau berkata demikian dalam perutusan yang dikeluarkan di sini sempana mesyuarat cawangan,Wanita,Pemuda dan Puteri UMNO yang bermula 15 Ogos sehingga 18 September depan
Menurut Bung yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno, ahli parti perlu membulatkan tekad dan semangat serta bersatu hati agar parti keramat UMNO ,sentiasa menjadi tunjang rakyat demi menjunjung kepentingan agama, bangsa dan negara tercinta.
Bung berkata, berlatar belakang cabaran yang UMNO/BN lalui selepas kekalahan (PRU) ke-14 dan cabaran mendatang dari dalam dan luar parti serta pelbagai isu yang membelenggu rakyat, mesyuarat cawangan kali ini perlu menangani segala permasalahan yang timbul untuk membentuk mentaliti menang, sekali gus mengembalikan UMNO/BN ke era kegemilangan.
Bung yang juga Ketua Umno bahagian Kinabatangan turut menegaskan pentingnya semangat mentaliti menang dibentuk dalam kalangan anggota parti.
“Perkara yang penting sekarang dalam Umno, kita kena bersatu, kena bersiap sedia untuk pilihan raya umum akan datang, rumah tangga kita perlu diperbetulkan, cakna kepada ahli di peringkat akar umbi dekati mereka, cawangan, Wanita,Pemuda dan Puteri anjurkan program yang boleh merapatkan hubungan silatulrahim dikalangan ahli” tambah Bung.
Dalam pada itu Bung turut menyentuh persediaan (PRU) ke-15 , UMNO tidak boleh bergerak sendirian, sebaliknya perlu libatkan komponen BN sedia ada di bahagian masing-masing walaupun bilangan ahlinya jauh lebih kecil dari UMNO.
Penglibatan parti komponen BN dalam konsep kerja berpasukan penting bagi memastikan kemenangan UMNO/BN dalam PRU15 akan datang.
“Seharusnya jawatankuasa BN sudah dibentuk dari sekarang di semua bahagian, jawatankuasa kerjanya sudah di susun, UMNO walaupun satu komponen terbesar di sesuatu bahagian tapi sumbangan parti lain dari kompenan BN perlu dilibatkan sama,” tegas Bung.