Sabah cipta sejarah juara kejohanan MAKSAK Malaysia

KOTA KINABALU: Sabah mencipta sejarah apabila menjuarai Kejohanan Badminton Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Malaysia selepas menewaskan pasukan pilihan Selangor di peringkat akhir di Kuantan, Pahang baru-baru ini.

Advertisements

Ketua Pasukan Pemain MAKSAK Sabah Mohd Rafik Abd Jubar berkata kejayaan itu adalah hasil semangat juang para pemain yang bertekad membawa piala juara buat pertama kali ke Sabah,

Katanya sebelum ini, pencapaian terbaik pasukan MAKSAK Sabah hanya memasuki peringkat separuh akhir.

Mohd Rafik berkata beliau bangga dengan pencapaian anak buahnya yang berjaya menewaskan pasukan-pasukan yang lebih handal.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya sebanyak 17 pasukan menyertai kejohanan itu yang berlangsung selama tiga hari bermula 4 Ogos lepas.

Mohd Rafik berharap pasukan MAKSAK Sabah dapat meneruskan rentak permainan cemerlang pada kejohanan akan datang.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles