MAFI ambil langkah proaktif perkasa sekuriti bekalan makanan negara

SERDANG: Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee telah merasmikan Laman Padi Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism (MAHA) yang berlangsung selama 11 hari mulai 4 hingga 14 Ogos 2022 di
sesi pertukaran dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kerajaan dan tiga syarikat peneraju serta melancarkan Logo SMART SBB, Ladang’57 Beras Wangi HORECA dan 3FR SOP Manual.

Advertisements

Bertepatan dengan agenda negara untuk memastikan bekalan makanan terjamin dan mencukupi untuk keperluan penduduk Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) telah mengambil langkah proaktif dengan terus memperkasa sekuriti bekalan makanan negara berdepan dengan pelbagai cabaran di peringkat global mahupun domestik.
Hasil pelan tindakan jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang yang dirangka oleh MAFI, kestabilan bekalan makanan terus kekal stabil. Untuk subsektor padi secara khususnya, meskipun negara berhadapan dengan pelbagai cabaran, pengeluaran beras negara juga kekal stabil. Namun, MAFI akan terus berusaha untuk meningkat hasil pengeluaran padi negara serta meningkatkan pendapatan para pesawah.
Program SMART Sawah Berskala Besar atau SMART SBB merupakan hala tuju baharu bagi industri padi dan beras negara dan dilaksanakan melalui kerjasama strategi antara pihak Kerajaan melalui MAFI dan pihak swasta. Sejak diperkenalkan pada Februari 2021, program SMART SBB telah berjaya dilaksanakan di sembilan (9) buah negeri dengan penglibatan sebanyak 24 syarikat peneraju yang terdiri daripada Badan Berkaitan Kerajaan (GLC) dan juga pihak swasta. Sehingga kini, pelaksanaan program ini telah melibatkan seramai 4,867 orang pesawah dengan jumlah keluasan sebanyak 11,278 hektar.
Dari segi prestasi pelaksanaan, program SMART SBB ini telah terbukti dapat meningkatkan purata hasil padi sehektar. Di Sekinchan, Selangor sebagai contoh, kawasan padi seluas lebih 100 hektar telah berjaya meningkatkan purata hasil hampir
Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS). Pada hari ini beliau turut
menyaksikan 4 kali ganda iaitu daripada 2.5 tan metrik sehektar kepada 8 hingga 10 tan metrik sehektar.
Kejayaan program SMART SBB telah dimanifestasikan dalam penghasilan produk baru oleh syarikat peneraju yang terlibat. Produk baru berasaskan varieti beras istimewa iaitu Ladang’57 Beras Wangi HoReCa merupakan hasil ladang SMART SBB peserta program di Seberang Perak, Perak dan Barat Laut, Selangor yang diselia oleh Syarikat peneraju FGV. Ianya menjadi mercu tanda bahawa program SMART SBB berjaya meningkat hasil serta pendapatan dan taraf hidup pesawah terlibat.
Pada majlis yang sama, Dr Ronald Kiandee telah menyaksikan pertukaran dokumen MoU SMART SBB antara MAFI dan tiga (3) syarikat peneraju iaitu Syarikat Mastani Sdn. Bhd., Konsortium Padi dan Beras Rakyat Sdn. Bhd. dan Syarikat Qudsi Global Sdn. Bhd. MAFI berharap lebih banyak syarikat swasta akan menyertai program SMART SBB selepas ini bagi mencapai tahap sara diri beras (SSL) negara kepada 75 peratus menjelang tahun 2025.
Seiring dengan kemajuan teknologi revolusi perindustrian keempat (I.R 4.0), Kerajaan akan terus menggalakkan inovasi dan perubahan dalam industri padi dan beras agar kekal berdaya saing diperingkat domestik dan global. Pada hari ini, YB Menteri MAFI turut melancarkan Aplikasi Rice Information Management System (RIMS) oleh Syarikat Agrocloud Sdn. Bhd. dengan kerjasama Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Barat Laut. Aplikasi RIMS merupakan satu sistem sokongan keputusan (Decision Support System) digital yang menggunakan teknologi Internet of Things, kecerdasan buatan, data raya (big data), dan teknologi sensor/satelit untuk memberikan nasihat masa nyata, ramalan, dan preskripsi untuk industri penanaman padi.
Seiring dengan evolusi yang sedang berlaku di peringkat global mahupun domestik Kerajaan akan terus berusaha untuk melakukan perubahan positif untuk pembangunan industri padi dan beras. Kesemua usaha ini diterjemahkan dalam pelbagai bentuk seperti pameran, lukisan, hasil kerja serta aktiviti yang dianjurkan di Laman Padi sepanjang berlangsungnya program MAHA 2022.
Turut hadir dalam majlis ini ialah Ketua Jabatan serta wakil daripada Jabatan Pertanian Malaysia (DOA), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Pegawai Kanan Kementerian, Institusi Penyelidikan, Syarikat Swasta dan wakil pesawah.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles