Ellron ziarah pesakit, OKU di DUN Sook

KENINGAU: Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin mengadakan ziarah prihatin ke atas beberapa individu yang menghadapi masalah kesihatan dan OKU di sini pada Jumaat.

Advertisements

Sempena program turun padang ke Kampung Membulu dan Kampung Dalit Station itu, beliau menyempurnakan penyerahan katil Hi Lo kepada dua penerima yang sedang terlantar sakit dan kehilangan upaya.

Dua orang penerima itu, masing-masing ialah Standly Mangilas,28 tahun menetap di Kampung Membulu yang dikategorikan sebagai OKU Fizikal merupakan penghidap penyakit Down Syndrome dan Basirik binti Sawayoi dari Kampung Dalit Statio, seorang warga emas yang berusia 89 tahun.

Bantuan Katil Hi-Lo disumbangkan sempena Program Homeward yang dikendalikan oleh Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah (JPKAS) yang juga merupakan salah satu program dibawah Pelan Sabah Maju Jaya.

Program itu bertujuan menyantuni mereka yang terlantar sakit di rumah pesakit atau Golongan Kurang Upaya terlantar yang hilang keupayaan pergerakan.

“Program Homeward dibawah pelan SMJ ini merupakan salah satu bukti keprihatinan kerajaan dalam menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat” kata Ellron.

Beliau berharap sumbangan katil Hi-Lo itu dapat meringankan beban ahli keluarga yang mengurus dan merawat saudara mereka yang terkesan akibat kehilangan keupayaan.

Selain itu, Ellron yang juga Wakil Rakyat Sook, menasihati orang ramai yang mempunyai ahli keluarga yang kehilangan upaya serta layak mendapat perkhidmatan itu terus berhubung dengan JPKAS di daerah masing-masing.

Turut hadir Pegawai Pembangunan Masyarakat Sook Tuan Tony Talasoi, Pegawai Pembangunan Kebajikan Tuan Reneus Mani serta warga JPKAS Sook dan UPPM Sook.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles