Bayaram pesakit jagaan harian mula dikenakan bayaran, pesakit buah pinggang terkesan – Vivian Wong

SANDAKAN: Semua hospital kerajaan di negeri ini termasuk Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan, telah mula mengenakan bayaran bagi kesemua pesakit jagaan harian, termasuk golongan penerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan.

Advertisements

Kebanyakan penerima bagi skim kebajikan itu adalah kumpulan warga emas b40 dengan pendapatan yang rendah serta tidak mempunyai pendapatan.

Kebanyakan mereka juga bergantung kepada bayaran dari bantuan kebajikan bagi menampung kehidupan. Dengan menarik balik bayaran percuma bagi pesakit ini, ia akan menambah beban kewangan yang banyak kepada mereka.

Menurut Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong, salah satu kumpulan yang terkesan ini adalah pesakit buah pinggang yang menerima rawatan rutin dialisis yang kerap iaitu tiga kali seminggu di Unit Hemodialisis HDOK Sandakan. Dibawah peraturan berkenaan, mereka yang berusia 60 tahun ke atas perlu membayar RM13 setiap kali menerima rawatan di unit dialisis itu manakala pesakit yang berusia 60 tahun ke bawah perlu membayar RM14 bagi sekali rawatan.

Vivian telah menerima aduan itu menerusi beberapa panggilan dan mesej dari penerima bantuan kebajikan berkenaan perkara ini dan meminta pertolongan dari beliau dalam beberapa hari ini.

Vivian merakam ucapan terima kasih kepada pihak HDOK Sandakan yang bersetuju membantu kesemua penerima bantuan kebajikan ini untuk memohon kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan untuk mengetepikan bayaran rawatan untuk kumpulan ini. Beliau juga menggesa pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mempertimbangkan semula keputusan sedemikian dimana permohonan tambahan untuk pengecualian itu hanya akan menambah birokrasi yang tidak perlu kepada sistem kesihatan awam khasnya yang sangat memerlukan dan tidak mampu.

Vivian menambah, apa gunanya memohon pengecualian ini apabila semua data penerima sudah ada dengan pejabat kebajikan? Pesakit ini sudah menghidap penyakit kronik tetapi kerajaan mahu mereka melalui lebih banyak kertas kerja dan lebih banyak kerumitan untuk menerima bantuan yang diperlukan?

Sekiranya kerajaan mahu mengurangkan perbelanjaan, mereka harus melihat terlebih dahulu untuk mengurangkan bilangan menteri kabinet dan timbalan menteri yang ada dalam kerajaan, dan tidak seharusnya menghalang pesakit yang memerlukan daripada menerima bantuan kebajikan yang sepatutnya mereka terima.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles