Komunikasi penting untuk pembangunan komuniti -Jahid

TAMPARULI: Para pemimpin kampung diseru agar sentiasa berhubung dengan jabatan-jabatan kerajaan sekiranya mempunyai keperluan dan terdapat masalah di kawasan masing-masing.

Advertisements

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim, berkata, komunikasi adalah perlu dan penting dalam konteks pembangunan komuniti dan penyelesaian masalah.

“Hanya dengan komunikasi, maka kita dapat menghubungkan dua belah pihak iaitu rakyat dan pemimpin bagi tujuan berkongsi maklumat.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Santai Minda Bersama Agensi Kerajaan Dan Swasta Daerah Kecil Tamparuli 2022, anjuran bersama Jabatan Penerangan Tuaran dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat Tamparuli, baru-baru ini.

Turut hadir, Pegawai Daerah Tuaran, Syahrin Samsir dan Penolong Pegawai Daerah Tamparuli, Herman Tunggiging.

Katanya, pendekatan untuk mendengar suara rakyat menerusi sesi dialog berkenaan bertujuan untuk mengetahui perspektif sebahagian penduduk tentang perancangan-perancangan pembangunan melibatkan setiap jabatan yang ada, termasuk juga permasalahan di kampung masing-masing.

“JPKK dan Ketua Kampung memainkan peranan penting dalam menggerakkan komuniti kampung untuk melaksanakan pembangunan demi kemajuan dan kesejahteraan kampung itu sendiri, ini termasuklah mewar-warkan dasar-dasar kerajaan dan mengenal pasti segala masalah di kawasan mereka.

Justeru, Jahid berharap menerusi dialog seumpama itu dapat mengenal pasti kelemahan-kelemahan yang mungkin berlaku seperti kelemahan pemantauan pentadbiran, konflik pengurusan, kurang komitmen ketika menjalankan tugas, amanah dan sebagainya, agar dapat diatasi dengan bijaksana dan berhemah.

Beliau yang juga Wakil Rakyat Tamparuli, berkata, para pemimpin perlu diperkasakan, kerana ia merupakan satu institusi yang sentiasa dekat dan bersama akar umbi, di mana secara tidak langsung institusi ini juga menjadi sistem penyampaian Kerajaan yang efektif dan berkesan untuk menghebah serta melaksanakan dasar-dasar semasa.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles