Ewon, Phoong Terima Cabaran Harris untuk usulkan pembatalan Perjanjian Petronas di DUN

 

Kenyataan media
YB Ewon Benedick, ADUN Kadamaian
Dan YB Phoong Jin Zhe, ADUN Luyang

Advertisements

KOTA KINABALU: Kami terima cabaran Tan Sri Harris Salleh untuk usulkan pembatalan Perjanjian Petronas di Dewan Undangan Negeri Sabah.

Kami mengambil maklum kenyataan mantan Ketua Menteri, Tan Sri Salleh yang menyatakan bahawa Perjanjian Petronas ditandatangani bagi melaksanakan Akta Pembangunan Petroleum yang diluluskan di Parlimen pada tahun 1974.

Beliau menyatakan bahawa Wakil-Wakil Rakyat Sabah pada ketika itu juga menyokong keputusan tersebut.

Tan Sri Harris juga menyatakan agar kami mengemukakan usul di Dewan Undangan Negeri bagi membatalkan Perjanjian Petronas tersebut.

Kami menerima cabaran tersebut dan kami akan mengusulkan pembatalan Perjanjian Petronas pada sidang Dewan Undangan Negeri yang akan diadakan pada 18 hingga 21 Julai ini.

Kami berpendapat bahawa semua undang-undang yang diluluskan di Parlimen yang berkaitan dengan hak-hak dan kepentingan-kepentingan Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963 haruslah terlebih dahulu diluluskan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sebelum dikuatkuasakan. Jika ianya tidak diluluskan di DUN Sabah, maka akta tersebut seharusnya tidak boleh dikuatkuasakan di Sabah.

Kami tetap berpendirian bahawa Perjanjian Petronas yang ditandatangani oleh Tan Sri Harris dan Tan Sri Pairin Kitingan merupakan satu kesilapan besar yang telah merugikan rakyat Sabah sehingga kini.

Wakil-Wakil Rakyat yang bersetuju ke atas keputusan tersebut juga turut sama bertanggungjawab ke atas kesilapan tersebut.

Sabah memerlukan kepimpinan yang tegas dan tidak mudah akur kepada kehendak Kerajaan Persekutuan apatah lagi jika ianya hanya memberi keuntungan kepada Putrajaya sahaja.

Kami komited untuk terus mengangkat pendekatan perubahan dalam menuntut semula hak-hak kita dalam Perjanjian Malaysia. Ini termasuklah menggunakan platform sidang DUN Sabah dan saluran perundangan sepertimana kami memfailkan Saman Pemula (OS) di Mahkamah Tinggi bagi menuntut hak 40% hasil persekutuan di Sabah.

Seandainya usaha kami tidak berjaya melalui sidang DUN Sabah, maka kami mempertimbangkan untuk memfailkan Semakan Perlembagaan bagi mencabar kesahihan Akta Pembangunan Petroleum dan Perjanjian Malaysia terutama ianya dibuat semasa Ordinan Darurat berkuatkuasa yang mana kini sudah dibatalkan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles