Najib zahir keyakinan BN kembali berkuasa, tegur pemimpin UMNO bersuara “Bersatu”

PENAMPANG: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menzahirkan keyakinan bahawa Barisan Nasional (BN) akan kembali berkuasa di negara ini.

Advertisements

Beliau berkata ini kerana BN kini berada dalam keadaan yang mempunyai kelebihan berbanding dengan parti-partil lain.

Najib yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat BN berkata keputusan pilihan raya kecil dan negeri selepas pilhan raya umum yang lepas (PRU14) menunjukkan BN kembali menjadi pilihan utama rakyat.

Beliau berkata ini termasuk kejayaan cemerlang BN memenangi pilihan raya
negeri Melaka dan Johor baru-baru ini.

“Bila kita tanam keyakinan pada diri kita, inshallah BN akan kembali berkuasa,” katanya .

Najib berkata demikian ketika berucap pada majlis Konvensyen Barisan Nasional Sabah di ITCC dekat sini.
Beliau turut menegur beberapa pemimpin UMNO yang “bersuara” seakan-akan “Bersatu” yang tidak senada dengan pendirian parti khususnya presiden dan timbalan presiden UMNO.

Sehubungan itu, Najib mahu pemimpin dan ahli UMNO supaya terus setia kepada parti, sekali gus memastikan UMNO menang dalam PRU15.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Najib mengesyorkan agar dasar Padang Ke Timur diganti dengan Dasar Pandang Ke Borneo.

“Kita telah melaksanakan Dasar Pandang Ke Timur ini selama 40 tahun….kita dapat manfaat daripada dasar itu tetapi senario global sudah berubah dan ada baiknya kita memandang ke mana-mana yang membawa kebaikan kepada kita,” katanya.

Selain itu, beliau juga mahu melihat fokus pembangunan diberikan kepada Sabah dan Sarawak.

“Saya melihat Sabah dan Sarawak berpotensi besar untuk dimajukan terutama daripada segi pembangunan.

“Disamping itu, Sabah dan Sarawak berdekatan dengan Kalimantan yang bakal menjadi ibu negara Indonesia,” katanya.

Najib turut menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles