Bung beri amaran kepada Maximus Jangan Cuba Main Api Isu PTI

PENAMPANG: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin memberi amaran kepada presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili supaya “tidak bermain api”, mengaitkan BN dengan isu pengeluaran kad pengenalan kepada pendatang tanpa izin (PTI) di Sabah.

Advertisements

Beliau menegaskan BN atau UMNO tidak pernah mengkhianati rakan dalam gabungan itu, sebaliknya PBS sudah berkali-kali keluar-masuk BN.

Bung berkata PBS sepatutnya bersyukur kerana meskipun parti itu hanya mempunyai seorang anggota Parlimen namun parti itu mempunyai seorang menteri penuh di peringkat kerajaan pusat.

“Kalau pun berpolitik biarlah dengan cara baik,” katanya ketika berucap pada majlis Konvensyen BN Sabah di Pusat Komersial dan Teknologi Antarabangsa (ITCC), dekat sini hari ini.

Khamis lepas, Maximus dilaporkan mendakwa sebuah parti komponen BN menyalahgunakan PTI di Sabah demi kepentingan politik mereka.

Mengenai persediaan pilihan raya umum ke-15 (PRU15), Bung yang juga ketua UMNO Sabah berkata BN Sabah sudah siap sedia bagi membantu menjayakan misi untuk menguasai Putrajaya atau kerajaan Persekutuan.

Sehubungan itu, beliau meminta pemimpin dan ahli BN supaya turun padang menemui rakyat peringkat akar umbi bagi memastikan BN menang dalam PRU15.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles